Tuesday, August 11, 2015












Resepi Bubur Makaroni

BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan gula
1000ml santan cair
1 cawan santan pekat
1 tin jagung krim
1 peket kecil macaroni

CARA-CARA:
1. Rebus makaroni hingga kembang. Ketepikan.

2. Rebus sagu yang telah direndam terlebih dahulu.

3. Masukkan santan cair, jagung krim dan gula ke dalam periuk dan 
letak atas api hingga mendidih.

4. Masukkan macaroni dan santan pekat dan didihkan seketika.

Hidangkan!


Resepi Makaroni Bakar

BAHAN-BAHAN:
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega 

Bahan inti 
500 g daging cincang (daging fresh bukan yang beli kat pasaraya tu) tapi kalau malas boleh le – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang 
30 gm mentega 
2 biji bawang besar } dicincang 
1 ulas bawang putih } dicincang halus 
1 sudu kecil garam 
1 sudu besar rempah kari daging - kalau nak pedas lebihkan rempah 
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering 
2 biji tomato buang biji, potong dadu 
Sedikit daun saderi - potong halus 
2 biji capsicum merah /hijau - potong dadu 
2 putih telur (saiz A) 
500 ml sos putih - ada kat belakang cara nak buatnya 
125 g keju cheddar } diparut 

CARA-CARA:
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih. 
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah. 
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan. 
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati. 
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega 

Cara : Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut. 

Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 30 min atau sehingga keju keperangan 

Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan 

Sos Putih : 
30 g mentega 
1 sudu besar tepung gandum 
500 ml susu segar 
2 kuning telur 
125 g keju cheddar } diparut 
garam secukup rasa 
½ sudu kecil serbuk lada sulah 

Cara membuat sos putih: 
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati. 
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati. 
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel. 
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan


Resepi Makaroni Goreng Creamy

BAHAN-BAHAN:
1 paket makaroni San Remo(bentuk C)
250 gm butter
0.5 - 1 kg udang (buang kulit)
1 paket sosej (potong bulat2 kecil)
1 botol Sos tradisional Prego
1 tin cendawan butang (potong kecil2)
1 tin sos cendawan
1 kiub ayam knorr
2 labu bawang besar (dimayang)
4 biji bawang putih (dimayang halus)
1 cawan air(boleh tambah kalau pekat sgt)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak zaiton

CARA-CARA:
Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaiton hingga masak. 
Toskan dalam bakul tos. Goreng sosej hingga masak dan ketepikan.

Panaskan separuh butter dalam kuali. 
Tumiskan bawang2 yang dimayang tadi bersama kiub ayam knor hingga keperangan.

Masukkan sos prego + sup cendawan + air. Kacau sebati biarkan hingga mendidih.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan udang dan gaul sebati. Biar hingga masak dan agak pekat.

Masukkan makaroni dan sosej, gaul sebati dan padamkan api.
(jangan gaul terlalu lama nanti makaroni hancur)

Sedia dihidang. Enak dimakan dengan sos. Sesuai untuk dihidang pada kanak2 juga.

*Boleh juga ditambah daging/ayam dan sayuran. 
Juga boleh tambahkan cili boh dalam tumisan tadi jika sukakan pedas.


Resepi Salad Makaroni

BAHAN-BAHAN
( sukatan bahan agak2 je, boleh ubah ikut selera masing2)

1 paket Macaroni 
1 tin buah-buahan cocktail (ditoskan, guna buah je)
1 bekas nata de coco (toskan, guna nata de coco je)
1/2 tin susu sejat
sedikit susu pekat manis ( tak nak letak pun takpe)
5 keping slice cheese- dicarik-carik
5 tbsp mayonaise
Sedikit Kismis
Boleh jugak tambah buah anggur atau buah2 lain.
* kalau tambah buah strawberry mgkin sedap jgk kot..lain kali boleh cuba.

CARA-CARA
1- Rebus macaroni dengan ditambah sedikit minyak dan garam. Biarkan masak dan toskan. 
2- Gaulkan macaroni dengan semua bahan-bahan lain. Gaul rata.
3- Simpan dalam peti ais. Lebih sedap dimakan sejuk.
Resepi Sup Makaroni |

BAHAN-BAHAN
250 gm makaroni (direbus)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 sudu teh herba campur
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
200 gm sayur campur(carot, jagung n kacang pes)
100 gm isi udang@isi ayam ( saya tak letak)
2 sudu teh tepung jagung( utk pekatkan kuah)

CARA-CARA
*makaroni di rebus dahulu & toskan

*tumis bawang merah n putih sehingga naik bau, kmudian masukan sos cili, tomato, sos tiram
*bila dah garing masukan air dan masak smpai mendidih

*kemudian masukan herba campur, isi ayam @ udang dan sayur campur

*tepung jagung di campur dgn sedikit air dan dikacau sebati, 
pas tu masukan ke dlm sup tadi utk pekatkan nya

*akhir skali masukan makaroni ke dlm sup tadi dan bleh tutup api
*siap utk dihidangkan

Resepi Makaroni Keju Panggang

BAHAN-BAHAN:
300 gm makaroni | direbus dalam air
dengan sedikit garam hingga lembut
375 gm keju | diparut
250 krim putar
250 ml susu segar
5 keping daging panggang | dicincang halus
3 sudu makan keju parmesan | diparut
Sedikit serbuk buah pala
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa


CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 400ºF atau 180ºC.

2. Campurkan setengah cawan keju, krim putar, susu segar, daging panggang, 
keju parmesan dan serbuk buah pala di dalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi berserta 
dengan garam dan serbuk lada sulah dan sebatikan.

4. Tuangkan ke dalam dulang pembakar. Taburkan lebihan keju tadi dan dibakar 
selama 20 minit hingga kekuningan di atasnya. Tabur keju parmesan.



RESEPI SATAY AYAM

Bahan-bahan:
1.5 kg- 1.6kg Daging Ayam beserta kulit ( dipotong dadu )
1 ½ suudu besar Biji Ketumbar ( disangai dan dikisar )
1 ½ sudu besar Jintan Manis ( disangai dan dikisar )
Segenggam Serai ( dipotong halus dan dikisar )
1 sudu besar Serbuk Kunyit
10 biji Bawang Merah ( dikisar )
500gm Gula
½ cawan Minyak Masak
Lidi Satay secukupnya ( perlu direndam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam )
p/s- Resepi diatas boleh digandakan sekiranya ingin membuat dalam kuantiti yang banyak

Cara membuat:
1.Daging ayam beserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletak dalam penapis biar seketika.

2.Kisar sekali bahan seperti biji ketumbar , jintan manis , serai dan bawang merah sehingga halus.

3.Marinate ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan yang telah dikisar, masukkan gula , serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak, pastikkan daging ayam dimarinate sekata.Biar 30 minit dalam peti sejuk.

4.Cucuk daging ayam yang telah dimarinate ke lidi satay, anggaran 4-5 potongan dadu ayam bercampur kulit ayam dalam sebatang lidi satay.Cucuk sehingga selesai.Siap untuk dibakar…sebaiknya dengan kayu arang@charcoal..terbaik.

5.Sediakan minyak dan serai untuk disapu ke atas satay apabila dibakar, supaya aroma satay akan lebih wangi dan menyelerakan.
6.Jika korang nak bakar satay lambat lagi, boleh lah korang packingkan satay dalam plastic 10 batang 1 plastik.dan simpan dalam freezer, bila hendakgunakan baru lah defrost.Selamat Mencuba!
Satay ayam sedap dimakan dengan kuah kacang marbeles dan sambal garing, beserta potongan bawang merah , timun dan nasi impit
KENAPA AGAMA MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH |
Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca.. dan siapa suka tidur lepas subuh kemudian bangun nak solat dhuha pun tolong baca.. sentap dan muhasabah sesama.. takda ruginya.. in shaa Allah..
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.
Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.

Diberi peluang, aku terus bertanya.
“ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?” 
Dia menjawabkan,

“tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.
Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati “ada byk mazhab ke dia ni?”.
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.
“Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…”
“maaf ustaz”.
Aku cakap dekat dia,
“dua dua mazhab lah ustaz”.
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”
Aku senyap.
“kenapa ustaz?”
Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan,
bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.
Aku tersentak.
Dia berkata lagi
“orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”.
Allahuakbar.
Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…
Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi
“orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis? 
Allahuakbar.

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi
“ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”
“Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?
“Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasekan,,,ya allah!!!!!Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh,,

Tidur selepas subuh??? Peringatan buat semua dan juga diri yang faqir ini.
Wallahua'lam..









DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Al Raad (Ayat 16-28).
4. Surah AN Anbiyaa (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihat kan minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada anggota yang kena barah kanser dan mandi pesakit dengan air ini.
InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2015 | 
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, bayaran BR1M akan dibayar secara beransur-ansur sebanyak 3 kali... bayaran Pertama dan Kedua telah selamat diterima oleh penerima bantuan, manakala bayaran ketiga (terakhir) untuk tahun ini akan dibayar pada 28hb September ini.. jadi.. untuk semakan nanti.. korang semua boleh lah rujuk di link website dibawah ini ataua hubungi talian hotline dibawah sekiranya bayaran tidak diterima pada waktunya.. terima kasih.. CM doakan duit itu cukuplah buat kita ye.. berjimatlah selagi boleh.. =)

Semak --> STATUS BR1M ANDA


TALIAN HOTLINE LHDNM:
1-800-88-2716 (BR1M)
KEMENTERIAN KEWANGAN :
03-8882 4565 / 03-8882 4566





Ashraf Muslim Bakal sambut 2 orang baby | 
Amboih.. bahagia je CM tengok Madu-madu ni.. bertuah lah Ashraff dapat isteri seperti Dayana yang tabah dan sabar, dan bertuah juga dapat isteri yang tiada perasaan dengki sesama sendiri.. mungkin cara layanan Ashraff yang adil kepada kedua isterinya membuatkan mereka akhirnya hidup bahagia.. 

Tahniah kepada pasangan Ashraf Muslim dan juga isteri pertamanya, Noor Dayana yang kini sudah disahkan hamil empat bulan setelah timbul spekulasi bahawa Dayana telah pun hamil beberapa bulan lalu. Ternyata perkara ini sesuatu yang menggembirakan buat keluarga ini.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini. Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya”
“Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil. Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka,” kata Ashraf lagi kepada portal Murai.
Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana di Mekah pada Ogos 2011 dan mengahwini Wan Sakinah Ahmad Saburi sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013 lalu. Hasil perkahwinan Ashraf dengan Wan Sakinah, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Sarah Ashraf yang kini berusia satu tahun.

Tuesday, June 23, 2015

Resepi Kerutuk Daging
Resepi asal kak Rozilah Abdullah
BAHAN-BAHAN
Bahan penumis
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
1 kilo daging / 1 ekor ayam
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji cili kering
Halia
Lengkuas
- 2 ulas bawang merah dimayang
- 2 ulas bawang putih dimayang
Bahan selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia) kecuali lengkuas nya saya ketuk kasar.
4 sudu besar rempah kerutuk (saya beli khas dr Kelantan)
air asam jawa secukupnya
3 batang serai - dititik (tp saya x letak sbb x suka baunya dlm gulai ini)
Kerisik - agak2
500 gram pati santan
Garam
Gula nise
Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis rempah 3 sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kerutuk. Rempah kerutuk yang terbaik mestilah dari Pantai Timur. Tumis hingga pecah minyak sambil masukkan serai (sekiranya suka) dan lengkuas yg telah diketuk kasar.
4. Kemudian masukkan daging / ayam ke dalam periuk yg berisi tumisan rempah tadi dan kacau sehingga sebati. Biarkan sehingga air daging itu keluar.
5. Tuangkan santan sambil dikacau sesekali sehingga kuahnya pekat. Perlahankan api dapur kerana daging sememangnya lambat empuk berbanding ayam.
6. Akhir sekali masukkan kerisik, asam jawa, garam dan gula nise secukup rasa sehingga ada rasa masam, masin, manisnya masakan ini.
7. Teruskan memasak sehingga kuah pekat.

resepi dari fb

CM tercari-cari resepi yang ni.. akhirnya jumpa sudah.. dekat FB seorang yang suka memasak dan pandai memasak.. Tahrunnisah Jali .. CM kongsikan disini agar kita sama-sama leh masak macam ni yea.. ada lebih sila hantar ke CM boleh? Ok.. =)


Resepi Siakap Masak Cili Pedas 

Bahan-Bahan

Seekor ikan siakap dibersihkan
2 biji bawang besar sederhana saiz*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
4 biji cili api*
5 biji lada merah*
1 biji tomato dipotong *
1 batang serai diketuk
daun limau purut
garam dan gula

Caranya
1. Ikan siakap dibersihkan dibuang sisek dan perut . Salut dengan tepung jagung 
dan garam serta goreng ikan siakap..dah masak toskan 
2.. Kisar kasar bahan2 bertanda (seperti dlm gambar)
3. Panaskan minyak dlm kuali..tumis bahan kisar..dan masukkan daun limau purut 
yang di potong halus, serai serta masukkan gula dan garam... dah pecah 
minyak boleh la diangkat...
4. Boleh curah letas atas ikan tadi



Wednesday, May 20, 2015


TERBARU!! GST KAD TAMBAH NILAI KEKAL |
Kerajaan hari ini mengumumkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas penggunaan kad tambah nilai prabayar akan dikekalkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengguna tidak akan dikenakan GST semasa membeli kad tambah nilai, sebaliknya hanya akan membayar cukai tersebut apabila menggunakan nilai yang dikreditkan ke nombor telefon bimbit masing-masing.

"Kerajaan berusaha mencontohi negara-negara lain yang turut mengenakan cukai ini ke atas penggunanya. Pengguna tidak akan dibebankan dengan GST ketika membeli kad tambah nilai terbabit, sebaliknya hanya dikenakan GST ketika membuat panggilan, menghantar SMS dan sebagainya.

"Ia sama seperti penggunaan kad 'Touch n Go' dan bayaran tempat parkir kereta yang dikenakan cukai ini. Mereka hanya dicukaikan semasa penggunaan khidmat-khidmat ini," katanya ketika menjawab soalan (BN-Tanah Merah), Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ikmal Hisham sebelum itu meminta beliau menyatakan usaha kerajaan bagi memastikan syarikat telekomunikasi mengkaji semula GST yang dikenakan ke atas kad prabayar.

Jelas Ahmad Shabery, bagi mengimbangi kesan GST, pihak kerajaan akan meminta pihak syarikat telekomunikasi menurunkan tarif perkhidmatan bagi penggunaan panggilan dan mesej.

"Kami (kerajaan) sedang berusaha mencari jalan supaya pelaksanaannya boleh diterima dan dipakai dengan baik pada masa hadapan.

"Kami juga menggesa syarikat-syarikat ini menawarkan pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar," katanya lagi.
DIA ISTERI LUARBIASA DRAMA LAKONAN TERBARU FATHIA |
SETELAH puas mencari dan mahu cepat memiliki zuriatnya sendiri, Fathia Latiff akhirnya memilih Syukri Yahya sebagai suaminya. Perwatakan Shukri yang dilihat cukup sempurna sebagai seorang lelaki yang matang, berkerjaya dan beriman telah menarik minat Fathia walaupun tiada cinta di hatinya.

Bagaimana dengan Aiman, kekasih yang selama ini bertakhta di hati Fathia? Ramai mendoakan percintaan di antara Aiman dan Fathia berakhir ke jinjang pelamin, namun jangan risau… Shukri hanya menjadi suami Fathia untuk drama terbaru bagi slot Akasia iaitu Dia Isteri Luar Biasa.

Menggantikan Hati Perempuan yang berakhir pada 14 Mei lalu, Dia Isteri Luar Biasa (DILB) mula bersiaran hari ini, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.55 petang.

Selain Shukri dan Fathia, DILB turut dijayakan Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadhirah, Datin Ziela Jalil, Pian Kepoh, Syatilla Melvin, Leez Rosli dan ramai lagi.

Dia Isteri Luar Biasa (DILB) mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. 

Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri.

Bagi Dewi, dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. 

Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. 

Kehadiran Dr Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr Raden Amzar terus di sisi Dewi.

Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi?
Hmm.. seperti yang CM agak sebelum ni... ni mesti adaptasi dari Novel jugak.. macam-macam tajuk Novel sekarang ni kan.. apa-apa pun CM ucapkan good luck buat team DILB ni yea.. 


WAWA ZAINAL HAMIL LAGI |
KEHADIRAN cahaya mata di dalam sesebuah keluarga bukan sahaja menjadi pelengkap dan pengikat kasih sayang antara suami isteri.

Bahkan kehadiran cahaya mata memberikan sinar baharu dalam sesebuah keluarga.

Begitulah yang dilalui oleh pasangan romantis, Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafril.

Siapa sangka dalam perancangan mereka mencari anak angkat buat menemani anak sulung, Ahmad Fakharuddin Attar, empunya diri telah ditakdirkan hamil terlebih dahulu.

“Saya memang tak rancang nak mengandung anak kedua lebih awal. Kalau boleh nak Attar besar sedikit baru nak tambah anak tapi kami berdua memang merancang nak cari anak angkat buat menemani Attar.

“Kasihan Attar main seorang-seorang. Namun, Alhamdulillah ALLAH dengar,” kata Wawa ketika dihubungi Zass baru-baru ini.

Mengakui teruja dengan kehamilan kali ini, Wawa memberitahu akan berehat seketika daripada menjalankan aktiviti seni demi kesihatan diri dan kandungan.

“Saya tak ada alahan mengandung yang teruk. Sekadar loya dan muntah biasa pada waktu pagi, itu sahaja.

“Buat masa ini saya tidak kisah untuk bekerja walaupun mengandung cuma doktor memang menasihati saya untuk berehat kerana kandungan masih di peringkat awal.

"Justeru saya ambil keputusan untuk berehat," katanya.

Wawa berkata, setelah dikurniakan anak lelaki, dia berharap akan dikurniakan anak perempuan kali ini.

“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah pun memasuki empat bulan. Kalau boleh memang nak anak perempuan. Sekarang sejak saya hamil, Attar semakin manja, asyik nak berdukung sahaja," katanya yang memanggil Attar dengan panggilan Yayang atau Langgak yang bermaksud sayang.



Afiq Muiz Selesa bersama Miera Liyana |
Selepas dirinya dijerat kontroversi tidak lama dahulu, pelakon Afiq Muiz kini membiarkan ianya berlalu dan tidak mahu lagi memandang ke belakang.

Mengakui hubungan bersama ibu dan keluarga juga semakin pulih, Afiq, 23, memberitahu bahawa rezekinya dalam kerjaya lakonan semakin mencurah-curah.

"Alhamdulillah, ada hikmahnya atas apa yang terjadi dan kini saya berdiri tanpa memandang ke belakang lagi. Malah, jika dibandingkan dengan dahulu, hidup saya kini lebih tenang.

"Dari segi kerjaya pula, saya bersyukur kerana masih lagi diberikan rezeki dalam bidang ini. Malah, saya tidak menyangka masih ramai penerbit dan pengarah yang menghargai bakat dan kebolehan saya," katanya yang dipetik menerusi Sinar Online.

Dalam pada itu, Afiq mengakui dia kini sedang berkawan dengan aktres, Miera Leyana. Jelas Afiq, ikatan itu mula terjalin setelah  digandingkan dalam adaptasi, Memori Cinta Suraya.

"Setakat ini, Miera adalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya dan saya selesa bersamanya.

"Malah ibu saya juga menyenangi Miera. Namun, bila berbicara soal jodoh, ianya masih terlalu awal untuk ke peringkat yang lebih serius biarlah fokus saya dalam bidang kerjaya terlebih dahulu," katanya.