Amboih.. bahagia je CM tengok Madu-madu ni.. bertuah lah Ashraff dapat isteri seperti Dayana yang tabah dan sabar, dan bertuah juga dapat isteri yang tiada perasaan dengki sesama sendiri.. mungkin cara layanan Ashraff yang adil kepada kedua isterinya membuatkan mereka akhirnya hidup bahagia..
Resepi Siakap Masak Cili Pedas
CM tercari-cari resepi yang ni.. akhirnya jumpa sudah.. dekat FB seorang yang suka memasak dan pandai memasak.. Tahrunnisah Jali .. CM kongsikan disini agar kita sama-sama leh masak macam ni yea.. ada lebih sila hantar ke CM boleh? Ok.. =)
Fauziah Gous
Tahniah diucapkan kepada pelakon Fouziah Gous yang bakal bergelar ibu apabila disahkan hamil dua bulan setengah. Selepas beberapa tahun mengharap kehadiran cahaya mata, berita ini pastinya menggembirakan Fouziah dan suami, Zhafran.
Dari sumber terkini, Fouziah mengetahui berita ini setelah pulang dari menjalani penggambaran program Nona sambil berbulan madu bersama suami di Jepun, Mac lalu.
GST-KAD TAMBAH NILAI KEKAL
TERBARU!! GST KAD TAMBAH NILAI KEKAL | Kerajaan hari ini mengumumkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas penggunaan kad tambah nilai prabayar akan dikekalkan. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengguna tidak akan dikenakan GST semasa membeli kad tambah nilai, sebaliknya hanya akan membayar cukai tersebut apabila menggunakan nilai yang dikreditkan
DIA ISTERI LUARBIASA
DIA ISTERI LUARBIASA DRAMA LAKONAN TERBARU FATHIA | SETELAH puas mencari dan mahu cepat memiliki zuriatnya sendiri, Fathia Latiff akhirnya memilih Syukri Yahya sebagai suaminya. Perwatakan Shukri yang dilihat cukup sempurna sebagai seorang lelaki yang matang, berkerjaya dan beriman telah menarik minat Fathia walaupun tiada cinta di hatinya.
Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu. Sebuah lagi karya novel, Tundukkan Playboy Itu telah dijadikan drama bersiri dan bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 Mulai hari ini.. Menggandingkan Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose sebagai teraju utama, drama Tundukkan Playboy Itu telah diarahkan oleh Keoi Hj Khalid dan diterbitkan oleh A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd. Drama Tundukkan Playboy Itu yang akan bersiaran selama 30 episod turut dibintangi oleh Alif Satar, Mawar Rashid, Ridzuan Hashim, Marisa Yasmin, Maria Farida dan ramai lagi. Drama Tundukkan Playboy Itu mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Harraz Naufal. Jika ada wanita yang ingin mendampinginya, wanita itu perlulah cantik dan seksi. Suatu hari, Nurin Areesa datang ke syarikat milik Harraz Naufal untuk temuduga jawatan arkitek. Harraz meletakkan satu syarat, Nurin Areesa perlu membuka tudung untuk jawatan tersebut.
Nurin Areesa redha, jawatan arkitek itu bukan untuknya. Dia berdoa agar suatu hari nanti Harraz yang berlagak itu akan bercinta dan berkahwin dengan seorang wanita bertudung.
Doa Nurin Areesa dimakbulkan. Harraz mula gila bayang pada seorang model wanita misteri yang bertudung. Tanpa mengetahui model tersebut sebenarnya adalah Nurin.
Hendak dijadikan cerita, ibu Harraz pula meminta Nurin menundukkan anaknya, seorang playboy yang pantang nampak perempuan cantik.
Mampukan Nurin melakukannya. Adakah Harraz akan terus jatuh cinta pada Nurin?
Beginilah sedikit sedutan Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu. Bagaimana kesudahannya nanti? Nantikan siaran drama ini di slot Akasia TV3 hari ini..
Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.
“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - Harraz Naufal
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - Nurin Areesa
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – Puan Sri Rosell
Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 17 Februari 2015 (Isnin-Khamis, 6.58 petang)
Drama Kau Aku Kita mengisahkan tentang dua individu yang berlainan jantina tetapi mempunyai nama yang sama iaitu Iman Firdaus. Kedua-duanya bertemu secara tak sengaja dalam satu kejadian yang agak melucukan.
Iman Firdaus atau Aus (lelaki) terpaksa melarikan diri dari mafia bila menyangkakan bahawa mafia tersebut ingin menyerangnya kerana berlari kearahnya sambil memanggil nama Iman Firdaus. Hakikatnya Mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus yang seorang lagi, iaitu Iman (wanita).
Hendak dijadikan cerita, Aus telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan calon menantu pilihan. Tetapi Aus berkeras mahu menjadikan Iman sebagai isterinya. Kehidupan Iman jauh berbeza dari kehidupan Aus. Iman merupakan seorang anak yatim yang melalui perjalanan hidup yang agak sukar.
Apa akan berlaku kepada Aus dan Iman? Akan bahagiakah kehidupan mereka berdua setelah termeterainya satu perjanjian perkahwinan?