Monday, December 15, 2014

Tarikh Bayaran BR1M 2015 ialah selewatnya pada penghujung Januari 2015.

Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (BR1M 4.0) akan dilaksanakan bermula hujung Januari 2015 depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, pemohon baharu bantuan itu diminta membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini semula maklumat peribadi sebelum tarikh tutup pada 31 Disember ini.

"Pemohon baharu (BR1M) perlu membuat permohonan segera sebelum tarikh tutup pada 31 Dis, kemudian kita akan proses untuk melihat mereka yang layak sebelum pembayaran dibuat hujung Januari ini.

"Bagi penerima sedia ada mereka perlu mengemas kini maklumat kerana sukar untuk kita beri pampasan kepada waris penerima yang meninggal dunia kerana mereka tidak letak nama pewaris pada borang,"

Penerima digalakkan membuka akaun bank supaya proses pembayaran dapat dilakukan secara efisien memandangkan pembayaran BR1M adalah sebanyak tiga kali setahun.

Semua INFO mengenai BR1M Klik SINI

0 comments:

Post a Comment