Friday, August 22, 2014

Memey Suhaiza Hamil Anak Kedua
Tahniah diucapkan buat pelakon Memey Suhaiza kini hamil anak kedua. Memey berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagramnya dan memaklumkan yang kandungannya telah pun mencecah usia enam minggu.
 
"Doktor ckp sy mengandung 6 minggu Rezeki tak ternilai dr Allah, Hadiah utk suami tercinta, Adik utk #awishz, Cucu baru utk mak& abah + mak n ayah mertua sy? syukur ya Allah," tulisnya dalam status di akaun Instagram.
 
Semoga segalanya berjalan lancar sehingga bersalin nanti. Pasti Memey, Norman dan anak sulung mereka, Awishz teruja yang amat dengan berita ini.

0 comments:

Post a Comment