Thursday, February 18, 2016


Tonton Online Drama 
Tundukkan Playboy Itu | Bestt!

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu. Sebuah lagi karya novel, Tundukkan Playboy Itu telah dijadikan drama bersiri dan bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 Mulai hari ini.. 

Menggandingkan Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose sebagai teraju utama, drama Tundukkan Playboy Itu telah diarahkan oleh Keoi Hj Khalid dan diterbitkan oleh A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd.

Drama Tundukkan Playboy Itu yang akan bersiaran selama 30 episod turut dibintangi oleh Alif Satar, Mawar Rashid, Ridzuan Hashim, Marisa Yasmin, Maria Farida dan ramai lagi.

Drama Tundukkan Playboy Itu mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Harraz Naufal. Jika ada wanita yang ingin mendampinginya, wanita itu perlulah cantik dan seksi. Suatu hari, Nurin Areesa datang ke syarikat milik Harraz Naufal untuk temuduga jawatan arkitek. Harraz meletakkan satu syarat, Nurin Areesa perlu membuka tudung untuk jawatan tersebut.



Nurin Areesa redha, jawatan arkitek itu bukan untuknya. Dia berdoa agar suatu hari nanti Harraz yang berlagak itu akan bercinta dan berkahwin dengan seorang wanita bertudung.



Doa Nurin Areesa dimakbulkan. Harraz mula gila bayang pada seorang model wanita misteri yang bertudung. Tanpa mengetahui model tersebut sebenarnya adalah Nurin.



Hendak dijadikan cerita, ibu Harraz pula meminta Nurin menundukkan anaknya, seorang playboy yang pantang nampak perempuan cantik.



Mampukan Nurin melakukannya. Adakah Harraz akan terus jatuh cinta pada Nurin?

Beginilah sedikit sedutan Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu. Bagaimana kesudahannya nanti? Nantikan siaran drama ini di slot Akasia TV3 hari ini.. 


Lagu Tema / OST Tundukkan Playboy Itu
Tajuk : Tak Ada Cinta Sepertimu
Penyanyi : Siti Nordiana & Aliff Aziz (Music Video Official)

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu (Versi Novel)
Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - Harraz Naufal

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - Nurin Areesa

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – Puan Sri Rosell

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 17 Februari 2015 
(Isnin-Khamis, 6.58 petang)
Jumlah Episod: 30

TONTON ONLINE KAU, AKU KITA 



SINOPSIS Kau Aku Kita



Drama Kau Aku Kita mengisahkan tentang dua individu yang berlainan jantina tetapi mempunyai nama yang sama iaitu Iman Firdaus. Kedua-duanya bertemu secara tak sengaja dalam satu kejadian yang agak melucukan.

Iman Firdaus atau Aus (lelaki) terpaksa melarikan diri dari mafia bila menyangkakan bahawa mafia tersebut ingin menyerangnya kerana berlari kearahnya sambil memanggil nama Iman Firdaus. Hakikatnya Mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus yang seorang lagi, iaitu Iman (wanita).

Hendak dijadikan cerita, Aus telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan calon menantu pilihan. Tetapi Aus berkeras mahu menjadikan Iman sebagai isterinya. Kehidupan Iman jauh berbeza dari kehidupan Aus. Iman merupakan seorang anak yatim yang melalui perjalanan hidup yang agak sukar.

Apa akan berlaku kepada Aus dan Iman? Akan bahagiakah kehidupan mereka berdua setelah termeterainya satu perjanjian perkahwinan?


JUDUL : KAU, AKU, KITA

EPISOD : 13

TARIKH / MASA : Raby /Khamis 9pm

SIARAN : Slot Lestary TV3

NOVELIS : Orkid Edyliyne

SKRIP: Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Syarul Ridzwan, Janna Nick

UPDATE : Drama telah TAMAT



Tuesday, August 11, 2015












Resepi Bubur Makaroni

BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan gula
1000ml santan cair
1 cawan santan pekat
1 tin jagung krim
1 peket kecil macaroni

CARA-CARA:
1. Rebus makaroni hingga kembang. Ketepikan.

2. Rebus sagu yang telah direndam terlebih dahulu.

3. Masukkan santan cair, jagung krim dan gula ke dalam periuk dan 
letak atas api hingga mendidih.

4. Masukkan macaroni dan santan pekat dan didihkan seketika.

Hidangkan!


Resepi Makaroni Bakar

BAHAN-BAHAN:
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega 

Bahan inti 
500 g daging cincang (daging fresh bukan yang beli kat pasaraya tu) tapi kalau malas boleh le – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang 
30 gm mentega 
2 biji bawang besar } dicincang 
1 ulas bawang putih } dicincang halus 
1 sudu kecil garam 
1 sudu besar rempah kari daging - kalau nak pedas lebihkan rempah 
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering 
2 biji tomato buang biji, potong dadu 
Sedikit daun saderi - potong halus 
2 biji capsicum merah /hijau - potong dadu 
2 putih telur (saiz A) 
500 ml sos putih - ada kat belakang cara nak buatnya 
125 g keju cheddar } diparut 

CARA-CARA:
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih. 
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah. 
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan. 
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati. 
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega 

Cara : Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut. 

Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 30 min atau sehingga keju keperangan 

Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan 

Sos Putih : 
30 g mentega 
1 sudu besar tepung gandum 
500 ml susu segar 
2 kuning telur 
125 g keju cheddar } diparut 
garam secukup rasa 
½ sudu kecil serbuk lada sulah 

Cara membuat sos putih: 
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati. 
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati. 
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel. 
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan


Resepi Makaroni Goreng Creamy

BAHAN-BAHAN:
1 paket makaroni San Remo(bentuk C)
250 gm butter
0.5 - 1 kg udang (buang kulit)
1 paket sosej (potong bulat2 kecil)
1 botol Sos tradisional Prego
1 tin cendawan butang (potong kecil2)
1 tin sos cendawan
1 kiub ayam knorr
2 labu bawang besar (dimayang)
4 biji bawang putih (dimayang halus)
1 cawan air(boleh tambah kalau pekat sgt)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak zaiton

CARA-CARA:
Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaiton hingga masak. 
Toskan dalam bakul tos. Goreng sosej hingga masak dan ketepikan.

Panaskan separuh butter dalam kuali. 
Tumiskan bawang2 yang dimayang tadi bersama kiub ayam knor hingga keperangan.

Masukkan sos prego + sup cendawan + air. Kacau sebati biarkan hingga mendidih.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan udang dan gaul sebati. Biar hingga masak dan agak pekat.

Masukkan makaroni dan sosej, gaul sebati dan padamkan api.
(jangan gaul terlalu lama nanti makaroni hancur)

Sedia dihidang. Enak dimakan dengan sos. Sesuai untuk dihidang pada kanak2 juga.

*Boleh juga ditambah daging/ayam dan sayuran. 
Juga boleh tambahkan cili boh dalam tumisan tadi jika sukakan pedas.